PGG100 Network

WEEKLY BUSINESS MEETING
FB LIVE - PGG10 BUSINESS MEETING
Setiap Ahad | 9PM

UPCOMING WBM

Speaker : Master Dealer Pn Emilia Maskor
Topic : My Journey To Be A Master Dealer
Event: 24/1/2021 | 9PM (Ahad)

Bagi rakan2 yang belum join FB group PGG100 Business Meeting, sila inform introducer anda untuk invitekan

FB Live: PN EMELIA MASKOR

KISAH KEJAYAAN NEW MASTER DEALER (MD), PN EMELLIA MASKUR!

Slowly, but surely.

Beliau antara orang yang terawal mengikuti PG One System (PG1S), dan beliau adalah antara dealer yang paling komited dengan education yang dijalankan sejak 2016.

Ketika itu, saya dan En Syukor selaku master mind paling utama menyediakan latihan bersistem buat dealer-dealer PG. Kami masih mencari-cari apakah formula terbaik untuk DUPLICATE kejayaan kami kepada semua dealer.

Bukan mudah. Sebab saya dan En Syukor sudah mempunyai follower tersendiri sebelum menyertai PG lagi. Kami adalah dealer di laluan Fast Lane, bukan Normal Lane.

Jadi kami terpaksa perah otak dan buat ujikaji formula-formula kami kepada dealer-dealer PG yang komited ini. Kami mahu formula itu berjaya menjadikan orang biasa menjadi luar biasa!

Salah seorang dealer komited itu adalah Master Dealer (MD) baru dari #PGG100Network, iaitu Pn Emellia Maskor.

Bertahun juga saya rasa gundah, apakah dealer-dealer yang menjadi “tikus makmal” kami ini mampu survive kerana kami sebenarnya bertungkus lumus dengan 2 perkara.

Pertama menyediakan sistem latihan yang terbukti. Dan kedua menaik taraf sistem jual beli PG itu sendiri supaya bisnes PG ini sangat mudah dikembangkan!

Ada dealer yang mampu bertahan, dan sebahagiannya tidak dan mencari jalan lain. Bahkan kami sering dimomokkan oleh Master Dealer Zaman Dinosour yang mengatakan PG1S ini tak membuahkan hasil.

Alhamdulillah, hari ini semua terbukti. Dealer yang mengikuti education system inilah yang paling kukuh bisnes dan pendapatannya, dan paling cepat berkembang!

Jadi pastikan ikuti kisah kejayaan Pn Emellia dalam WBM (Weekly Business Meeting) untuk dapatkan inspirasi dalam membina bisnes sendiri.

Bersedia 15 minit lebih awal. Pakai kemas-kemas dan duduk di meja kerja dengan pen dan kertas. Dan pastikan ambil gambar selfie untuk dishare di wall FB masing-masing supaya prospek kalian tahu, kalian adalah dealer yang terlatih, dan berada di dalam radar upline MD masing-masing.

FB LIVE : MARLIA RAMLI
Mohd Zulkifli Shafie:

RAHSIA MENDAPAT PENDAPATAN PASIF RM10,000 SEBULAN DALAM TEMPOH KURANG
18 BULAN!
 
Bila Pn Marliya Ramli sambut tawaran untuk share topik “attitude”, saya tersenyum. Saya rasa beliau orang yang betul untuk sampaikan topik tersebut.
 
Sebab, Pn Marliya baru join #PGG100Network hanya setelah saya bebas dari penjara.
 
Sedangkan ketika saya baru masuk penjara, beliau belum memulakan bisnes bersama PG lagi.
 
Tetapi di saat saya bebas, beliau sudah seorang Founder Master Dealer (FMD) dengan lebih 1,000 frontlines! Pencapaian sebegitu selalunya mengambil masa 3 – 5 tahun, tapi beliau capai hanya dalam waktu kurang 18 bulan saja! Itu pencapaian luar biasa!
 
Perjalanan bisnes beliau lebih kurang apa yang saya lalui dulu. Mulakan bisnes tanpa mentor. Hanya berpeluang jumpa dan belajar dari mentor bila sales sudah jutaan ringgit.
 
Kekuatan sebenar untuk pencapaian begitu ialah ATTITUDE. Attitude itu dibentuk oleh pengalaman hidup sebelum ini.
Success attitude ada banyak.
 
Dalam PG One System (PG1S), hanya 10 attitude dipilih dan diajar kepada dealer untuk dipupuk dan dilatih pada diri sendiri untuk berjaya.
 
Malam ini, insyaAllah Pn Marlia akan share 10 Success Attitude itu.
Pastikan join WBM (Weekly Business Meeting) malam ini ya. Pakai kemas-kemas, dan siap-siap di meja 15 minit sebelum bermula lagi.
Salah satu sikap orang berjaya ialah AWAL bersiap dan bertindak. Dan dialah paling awal yang akan menikmati kejayaan!
How you do anything is how you do everything.
 
Bagaimana anda lakukan sesuatu, begitulah yang anda lakukan setiap sesuatu.
Jumpa malam nanti ya.
 

FB Live: Hafiz Shafie

Follow Up – Skills Penting Dalam Membina Customer Base

Skill set follow up antara ilmu yang asas bagi membina customer ramai . Untuk mencapai target 1000FL ianya memerlukan mindset dan cara yang betul . Business Meeting kali ini disampai khas sendiri oleh FMD Hafiz Shafie yang terbukit hasil kerjayaan beliau .

FB LIVE : Hamirul Hafizal
Mohd Zulkifli Shafie:

Kisah Sebalik Tabir Membina Empayar Emas

Belajar dan mengajar. Kalau tak mengajar, saya belajar. Memang itulah rutin saya.

Malam ini saya belajar dari murid saya Tuan Muda Hamirul Hafizal.

Beliau bukan anak muda yang biasa-biasa, tapi anak muda berwawasan dan kelompok yang mampu untuk ‘bersara’ sebelum usia 30 tahun!

Seperti saya sering tekankan, pencen bukan soal umur. Tetapi tentang keadaan kewangan. Kalau kewangan sudah kukuh, kita boleh pencen seawal usia 30 tahun lagi! Dan itulah target saya untuk semua anak-anak muda yang berada di bawah bimbingan saya.

Untuk mencapai matlamat itu, mereka semua mestilah seorang yang obses dengan ilmu. 
Maka setiap Ahad malam, seluruh dealer PG di bawah #PGG100Network akan ikuti kelas secara online. Kami perlu sentiasa update dengan maklumat terkini dan recharge diri kami kerana kami mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap penyimpan-penyimpan emas di bawah bimbingan kami.

Hari ini sudah lebih 75,000 penyimpan emas
#PublicGold di bawah network ini. Dan jumlah ini sentiasa bertambah dari hari ke hari.

Kami mahu mereka semua bukan sekadar simpan emas kerana ikut-ikutan, tetapi simpan emas dengan ilmu. Untuk pastikan penyimpan emas ini berilmu, dealer seperti kami mestilah terlebih dahulu berilmu.

Kalau mahukan kesenangan di dunia, kena ada ilmu. Kalau mahu kejayaan di akhirat, kena ada ilmu. Kalau mahu kedua-duanya, semestinya kena ada ilmu. Bila ada ilmu, semua perkara akan jadi mudah, insyaAllah.

FB Live: Mohd Rafie Yusof
Mohd Zulkifli Shafie:

Dari orang Bisa Menjadi Master Dealer 

Team,

PGG100 Business Meeting malam ini kita akan ikuti kisah kejayaan dari Master Dealer (MD) baru, iaitu Ustaz Mohd Rafie Yusof dari Branch Kota Bharu, Kelantan.
Sebagai bukan orang yang muda, beliau bergerak dengan pase “pelahan-pelahan kayuh”, jujurnya ia agak membimbangkan saya kerana cara tersebut boleh memenatkan, dan banyak dealer tak berjaya mencapai target sebagai MD dengan cara itu.

Tetapi saya faham, orang lama perlukan “pase” mereka sendiri. Maka saya biarkan saja beliau bergerak mengikut pase mereka sendiri. Cuma kekuatan beliau ialah beliau buat kerja secara KONSISTEN! Terus buat walaupun tidak begitu laju berbanding kebanyakkan dealer yang masih muda.
Alhamdulillah, akhirnya beliau telah capai “target pendapatan” yang beliau cita-citakan dalam PG! Saya masih ingat hasrat yang beliau nyatakan kepada saya ketika awal beliau menjadi dealer.
Team, pastikan ikuti kisah kejayaan beliau jam 9.00 malam ini. Mudah-mudahan ia memberi inspirasi kepada kita semua, insyaAllah.

FB Live: Md Haris Halim
Md Zulkifli Shafie:

From nobody to FMD!

En Haris Halim adalah antara dealer #PGG100Network terawal yang mempercayaai leadership saya selain Ustazah Nor Azah Ahmad.Jadi sesiapa yang percaya kepada saya, ia menjadi tanggungjawab yang besar bagi saya untuk membantu mereka berjaya. En Haris antara dealer yang memaksa saya cepat-cepat mencari formula bagaimana menjadikan orang biasa-biasa mencapai kejayaan luar biasa bersama Public Gold.

Saya dan En Syukor Hashim dalam kelas yang sama iaitu kami berada di lorong fast lane. Kami sudah mempunyai follower sendiri sebelum kami memulakan bisnes PG. Tetapi En Haris dan majoriti dealer PG di lorong normal lane. Jadi saya mesti mencari formula yang evergreen. Dan En Haris dan dealer terawal ini menjadi bahan ujian kami.

Alhamdulillah, akhirnya En Haris berjaya mencapai Founder Master Dealer (FMD) hasil usaha dan kecekalannya membina bisnes. Beliau hanyalah orang biasa yang menjadi luar biasa.Jadi, pastikan kalian ikuti KISAH KEJAYAAN beliau malam ini. Cabaran yang kalian lalui itu, En Haris sudah melaluinya. Dan beliau ada formula dan jalan keluarnya.Ikuti di FB PG G100 BUSINESS MEETING, tepat jam 9.00 malam. Bersedia 15 minit lebih awal (dengan pen dan kertas) supaya kalian tidak terlepas babak paling awal dalam perkongsian beliau malam ini. InsyaAllah.