PGG100 Network

NDO

UPCOMING NDO

Tarikh : 8 Mei 2021
Hari : Sabtu
Waktu : 10 pagi – 1 petang
Speaker : Puan Emellia Maskor (One Star Master Dealer)

“Aku nak jadi dealer Public Goldlah. Dengar cerita boleh dapat pasif income, berhenti kerja, makan komisyen je. Duduk rumah, duit masuk”

Ooopppsss. Sila tarik hand brake dulu.

Walaupun memang benar belaka, cerita yang Sipolan tu dengar, tetapi MINDSET Sipolan ni belum betul lagi.

Menjadi dealer bukanlah langkah pertama mahu sukses di Public Gold. Bukan.

Langkah pertama ialah menjadi dealer yang BERILMU. Jauh beza tau dealer dengan dealer berilmu.

Kenapa? Sebab membangunkan bisnes Public Gold bererti membina kepercayaan bakal pelanggan kepada kita.

Bagaimana kepercayaan ini mampu ditanam jika dealer sendiri tak tahu asas-asas dan struktur bisnes yang dia sendiri pilih?

Bila ditanya soalan asas, terus terdiam. Tak pun 2 hari baru jawab. Uish…memang larilah bakal pelanggan. Tak toleh belakang dah.

Ha jelas?

Jadi jika anda;
Dealer baru
Dealer lama tapi blur
Bukan dealer tapi jeles tengok Master Dealer punya insentif

Kebetulan pula anda ada RM10, mari sertai NEW DEALER ORIENTATION.

Ini langkah pertama anda untuk jadi dealer berilmu dan terbeza.

Apa yang anda akan dapat dengan RM10?

📌Kenal Public Gold & Struktur Perniagaan.

📌Kenal Produk-Produk Public Gold.

📌 Tahu kebaikan Menjadi Dealer Public Gold.

📌Tahu cara betul memulakan perniagaan emas Public Gold.

📌Tahu Cara Mendaftar Customer.

📌 Tahu Pengiraan dan struktur insentif.

Dan ini yang paling mahal

📌 Dapat tips-tips dari dealer berpengalaman.

Ha..sekarang boleh lepas hand brake dan dengan pantas daftar terus di sini

NDO

Link telegram ke group NDO Mei 2021 boleh rujuk di email masing-masing.

Tirai bulan Januari 2022 ini dimulakan oleh tuan Abdur Rahman Al-Amin Ismail -1 Star Founder Master Dealer. Alhamdulillah antara dealer termuda di dalam #PGG100Network yang berumur 23 tahun dan beliau masih lagi seorang pelajar tahun akhir jurusan kewangan di Universiti Utara Malaysia. Aktif menjadi dealer sejak Disember 2016 selepas mengikuti program Jutawan Leadership Training.

Beliau adalah salah seorang best speaker yang telah berjaya mendidik lebih 1000 orang direct customer.

Kelas NDO – “New Dealer Orientation” ini bertujuan untuk mendedahkan dealer-dealer baru untuk mengetahui dan mempelajari perkara-perkara basic bagi seorang dealer yang ingin berjaya membina perniagaan emas.

Dealer lama juga disarankan untuk hadir bagi refresh ilmu baru kerana sistem Public Gold sentiasa ditambahbaik bagi membantu dealer-dealer mengembangkan bisnes dan secara tak lansung dealer akan dapat berassociate bersama rakan-rakan yang lain.

Ini adalah testimoni peserta yang hadir ke kelas NDO;
Pengetahuan saya mengenai cara menjalankan bisnes Public Gold ini lebih jelas selepas saya menghadiri NDO, New Dealer Orientation. Saya bersungguh-sungguh rebut peluang yang disediakan depan mata. SOP yang di terangkan lebih teratur & tidak perlu langgar dinding seorang diri dalam menjalankan bisnes. Semua orang boleh memulakan bisnes, tetapi tidak ramai yang boleh kekal. Untuk kekal relevan, ilmu saya dalam bisnes dapat diperbaharui dalam NDO (puan Amani Nizam – Penang)

FB Live: PN EMELIA MASKOR

KISAH KEJAYAAN NEW MASTER DEALER (MD), PN EMELLIA MASKUR!

Slowly, but surely.

Beliau antara orang yang terawal mengikuti PG One System (PG1S), dan beliau adalah antara dealer yang paling komited dengan education yang dijalankan sejak 2016.

Ketika itu, saya dan En Syukor selaku master mind paling utama menyediakan latihan bersistem buat dealer-dealer PG. Kami masih mencari-cari apakah formula terbaik untuk DUPLICATE kejayaan kami kepada semua dealer.

Bukan mudah. Sebab saya dan En Syukor sudah mempunyai follower tersendiri sebelum menyertai PG lagi. Kami adalah dealer di laluan Fast Lane, bukan Normal Lane.

Jadi kami terpaksa perah otak dan buat ujikaji formula-formula kami kepada dealer-dealer PG yang komited ini. Kami mahu formula itu berjaya menjadikan orang biasa menjadi luar biasa!

Salah seorang dealer komited itu adalah Master Dealer (MD) baru dari #PGG100Network, iaitu Pn Emellia Maskor.

Bertahun juga saya rasa gundah, apakah dealer-dealer yang menjadi “tikus makmal” kami ini mampu survive kerana kami sebenarnya bertungkus lumus dengan 2 perkara.

Pertama menyediakan sistem latihan yang terbukti. Dan kedua menaik taraf sistem jual beli PG itu sendiri supaya bisnes PG ini sangat mudah dikembangkan!

Ada dealer yang mampu bertahan, dan sebahagiannya tidak dan mencari jalan lain. Bahkan kami sering dimomokkan oleh Master Dealer Zaman Dinosour yang mengatakan PG1S ini tak membuahkan hasil.

Alhamdulillah, hari ini semua terbukti. Dealer yang mengikuti education system inilah yang paling kukuh bisnes dan pendapatannya, dan paling cepat berkembang!

Jadi pastikan ikuti kisah kejayaan Pn Emellia dalam WBM (Weekly Business Meeting) untuk dapatkan inspirasi dalam membina bisnes sendiri.

Bersedia 15 minit lebih awal. Pakai kemas-kemas dan duduk di meja kerja dengan pen dan kertas. Dan pastikan ambil gambar selfie untuk dishare di wall FB masing-masing supaya prospek kalian tahu, kalian adalah dealer yang terlatih, dan berada di dalam radar upline MD masing-masing.

FB LIVE : MARLIA RAMLI
Mohd Zulkifli Shafie:

RAHSIA MENDAPAT PENDAPATAN PASIF RM10,000 SEBULAN DALAM TEMPOH KURANG
18 BULAN!
 
Bila Pn Marliya Ramli sambut tawaran untuk share topik “attitude”, saya tersenyum. Saya rasa beliau orang yang betul untuk sampaikan topik tersebut.
 
Sebab, Pn Marliya baru join #PGG100Network hanya setelah saya bebas dari penjara.
 
Sedangkan ketika saya baru masuk penjara, beliau belum memulakan bisnes bersama PG lagi.
 
Tetapi di saat saya bebas, beliau sudah seorang Founder Master Dealer (FMD) dengan lebih 1,000 frontlines! Pencapaian sebegitu selalunya mengambil masa 3 – 5 tahun, tapi beliau capai hanya dalam waktu kurang 18 bulan saja! Itu pencapaian luar biasa!
 
Perjalanan bisnes beliau lebih kurang apa yang saya lalui dulu. Mulakan bisnes tanpa mentor. Hanya berpeluang jumpa dan belajar dari mentor bila sales sudah jutaan ringgit.
 
Kekuatan sebenar untuk pencapaian begitu ialah ATTITUDE. Attitude itu dibentuk oleh pengalaman hidup sebelum ini.
Success attitude ada banyak.
 
Dalam PG One System (PG1S), hanya 10 attitude dipilih dan diajar kepada dealer untuk dipupuk dan dilatih pada diri sendiri untuk berjaya.
 
Malam ini, insyaAllah Pn Marlia akan share 10 Success Attitude itu.
Pastikan join WBM (Weekly Business Meeting) malam ini ya. Pakai kemas-kemas, dan siap-siap di meja 15 minit sebelum bermula lagi.
Salah satu sikap orang berjaya ialah AWAL bersiap dan bertindak. Dan dialah paling awal yang akan menikmati kejayaan!
How you do anything is how you do everything.
 
Bagaimana anda lakukan sesuatu, begitulah yang anda lakukan setiap sesuatu.
Jumpa malam nanti ya.