PGG100 Network

Book of The Month

(FEBRUARY 2021) How to Get from Where You Are to Where You Want to Be - Jack Canfield

Orang biasa selalu fikir benda yang merosakkan dan merugikan diri. Sementara orang berjaya sentiasa fikir benda yang membuatkan dia terus maju dan berjaya.
 
Bila tengok kawan sama ʼbatchʼ atau lebih lewat buat bisnes PG lebih laju dan bagus pencapaiannya daripada diri sendiri, mulalah rasa tidak bersemangat. Tengok kawan buat bisnes lebih perlahan pun, tak bersemangat juga.
 
Sekarang masalahnya di mana?
 
Sebenarnya permasalahan itu adalah pada diri kita sendiri. Pada cara kita berfikir. Bukannya terletak pada kawan atau dealar tadi.
 
Jack Canfield tulis 25 prinsip untuk berjaya dalam bukunya bertajuk “How to Get from Where You Are to Where You Want to Be”.
 
Jika kita nak berjaya, kita tak boleh pakai ʼmindsetʼ lama. Mindset kita tu kita letak tepi. Kita mesti pakai mindset orang berjaya. Caranya, beli buku dan baca.
 
Walaupun anda hanya baca pendahuluan dan Bab 1 saja, anda akan rasa betapa biasa-biasanya mindset anda selama ini. Pasti tak sanggup nak tunjuk pada orang lain. Tentu tak ada lagi 3C (Complain, Critic & Condemn) dalam diri anda.
Mentor kita sendiri baca buku How to Get from Where You Are to Where You Want to Be ini dan beliau amat sarankan semua dealer G100 beli dan baca.
 
Bagaimana cara untuk dapatkan buku untuk mengubah mindset ini?

(MARCH 2021) What to Say When You Talk to Your Self - Shad Helmstetter, Ph.D.

KUASA SEBUAH PEMIKIRAN
 
Buku ini mengajar anda beswaspada dengan apa yang anda fikirkan.
 
Jika anda berfikiran positif, perkara positif akan berlaku dalam hidup anda. Sebaliknya jika negativiti sentiasa berlegar-legar di fikiran, perkara negatiflah akan singgah dalam hidup.
 
Masih ingat lirik lagu “Kau Boleh?”
 
“Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan”
 
Setiap yang terjadi ada hujung pangkalnya. Bermula dari akar (self-talk) akan menghasilkan pucuk (outcome).
 
Ada 5 tahap self-talk :
 
1. “Saya tak boleh buat..”
– Ini taraf self-talk paling rendah sekali!
 
2. “Saya kena buat..”
– Dah tahu apa nak buat. Cuma tinggal implement sahaja.
 
3. “Saya tak boleh dah kecewa bila sistem down..”
– Pemikiran anda sudah boleh terima perubahan.
 
4. “Saya boleh lakukannya!”
– Diri anda sudah menjadi lebih baik dari sebelumnya.
 
5. “Saya dah ‘berkahwin’ dengan bisnes saya. Masalah PG adalah masalah saya. Kejayaan PG juga kejayaan saya!”
– Dengan tegasnya anda yakin dengan apa yang melintas dalam minda bawah sedar (subconscious mind) anda.
Pemikiran-pemikiran inilah akan mencorakkan hasil yang bakal anda dapat. Sekarang anda di tahap yang mana?
 
Kenal pasti tahap pemikiran anda dalam buku “What to Say When You Talk to Yourself” oleh Shad Helmstetter, Ph.D. dan berusahalah mengubahnya menjadi lebih baik!

(APRIL 2021) Eat That Frog! - Brian Tracy

MENCARI JAM YANG KE-25
 
Maaf tiada jam yang ke-25. Semua kita cuma ada 24 jam sehari. Tiada seorang pun yang ada masa lebih daripada orang lain mahupun seminit. Juga tiada seorang pun masanya kurang sesaat daripada manusia lain.
 
Terlalu banyak yang perlu dilakukan dalam waktu yang begitu singkat. “Eat That Frog” adalah teknik terhebat bagi membunuh kemalasan dan membereskan lebih banyak kerja dalam masa yang singkat.
“Sekiranya kamu perlu makan seekor katak pada setiap pagi, kamu perlu bersyukur kerana itulah perkara terburuk yang mungkin berlaku pada hari itu.” – Mark Twain –
 
Peraturan pertama memakan katak: Sekiranya kita perlu makan dua ekor katak, makanlah yang paling hodoh dahulu. Bermaksud apabila kita mempunyai dua tugas penting, mulakan dengan tugas yang paling besar, paling penting dan paling susah dahulu. Disiplinkan diri kita bagi memulakan tugas itu serta-merta. Siapkan tugas itu terlebih dahulu sebelum memulakan tugas yang lain.
 
Peraturan kedua memakan katak: Sekiranya kita perlu makan seekor katak hidup-hidup, makanlah dengan segera. Tiada gunanya sekadar duduk dan merenung katak itu lama-lama. Bermaksud, selesaikan tugas yang paling penting pada setiap pagi. Itulah kunci kepada prestasi terhebat dan produktiviti tertinggi. Jadikan ‘makan katak’ sebagai rutin harian sebelum melakukan perkara lain. Jangan berfikir panjang untuk ‘makan katak’ dan jangan bertangguh melakukan tugas yang penting.
 
Katak adalah simbolik kepada tugas yang terbesar dan terpenting. Tugas ini memberikan impak positif yang terbesar dalam hidup kita. Namun, tugas ini selalunya dilengah-lengahkan dan kita tidak teruja mahu menyelesaikannya.
 
Tonton video dari penulis, Brian Tracy, bagaimana caranya untuk ʼmemakan katak-katakʼ ini dengan kaedah ABCDE.
Selesai tonton, terus beli dan baca buku terhebat tentang pengurusan masa ini.
 
Kita nak semakin besar bisnes kita, semakin banyak masa yang kita ada. Belajar uruskan masa dari sekarang supaya kelak apabila bisnes semakin berkembang, kita sudah tahu cara menangani segala urusan seharian.

(MAY 2021) The Parable of the Pipeline - Burke Hedges

Kita tidak akan selamanya sihat.
Kita tidak akan selamanya ada masa.
Kita tidak akan selamanya mampu bekerja.
 
Jika tidak sihat, kita sudah tidak dapat pergi kerja.
Tidak pergi kerja maksudnya tiada duit.
 
Itulah pendapatan aktif.
Kerja, ada duit.
Tak kerja, tak ada duit.
 
“Ada kerja yang tak perlu pergi kerja tapi ada duit?”
 
Ya, ada. Jawapannya depan mata. Bisnes Public Gold ini lah. Bisnes paling mudah untuk membina pendapatan pasif. Kita binanya sekali, tetapi hasilnya sampai mati. In shaa Allah.
 

Contoh terbaik pun sangat dekat dengan kita semua.

Mentor kita, Tn. Mohd Zulkifli Shafie bukan setakat tidur ada duit. Malah dua tahun di balik tirai besi, handphone pun tak pegang, duit tetap masuk!

Kisah suka duka, indah lara ini bukan terbina dek usaha satu hari satu malam sahaja.
 
Tn. Zul sudah lama membina PIPELINE ini ketika beliau masih makan gaji. Ketika beliau hanya mampu simpan RM 20 sebulan!
 
Sungguh kerja-kerja membina pendapatan pasif ini memakan masa. Ramai orang tak nampak sebab ianya usaha yang dibuat oleh golongan 5% sahaja.
 
Lihat video di bawah ini untuk fahami apakah pipeline yang dimaksudkan di atas.
Buku The Parable of the Pipeline oleh Burke Hedges ini telah diputuskan oleh Master Dealer Advisory Council (MDAC) dan Executive Committee (EC) untuk dibaca oleh semua dealer G100 pada bulan Mei 2021.
 
Setakat ini buku fizikal kehabisan stok di kebanyakan website.
Tuan puan boleh dapatkan dalam versi elektronik dengan klik butang di bawah.

(JUNE 2021) Atomic Habits - James Clear

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
Ini hasil daripada good habits.
 
Sikit-sikit, lama-lama terjun bukit.
Ini pula hasil daripada bad habits.
 
Perubahan 1% setiap hari sama ada ke arah yang lebih baik atau sebaliknya akan menghasilkan result yang berbeza dan semestinya memberikan impak yang berbeza.
 
Kuasa 1% jangan dipandang remeh. Jika kita memperbaiki diri 1% setiap hari sepanjang setahun, kita akan menjadi 37% lebih bagus secara exponential.
 
Hari ini tak pandai buat posting di Facebook. Esok mula tulis satu perenggan. Lusa pula tulis dua perenggan. Tahun depan tulis tiga posting sehari. Tahun ke-10 boleh tulis sebuah buku!
 
Tetapi jika kita develop bad habit 1% setiap hari selama setahun, exponentially kita akan terus terjun bukit lalu tersembam iaitu menjadi kosong!
 
Kapal terbang dari Milan ke Rome jika diubah cuma 3° ke arah utara, kapal terbang itu akan mendarat di L’Aquila berbanding destinasi asal iaitu Kota Rome (contoh saja).
Nampak impaknya?
 
Perubahan kecil seperti ini kita tak nampak. Tetapi ianya akan memberikan kesan di akhirnya terutamanya dalam jangka masa panjang.
 
Dalam buku Atomic Habits oleh James Clear, penulis dedahkan bagaimana caranya untuk meninggalkan bad habits seterusnya mewujudkan good habits.

Ada empat peringkat bagaimana habits terbentuk dan juga empat teknik untuk mengubah habits ini.

Dapatkan buku Atomic Habits di mana-mana platform di bawah:

(JULY 2021) - Bull's-Eye (Brian Tracy)

FOKUS.. FOKUS.. FOKUS!!
 
Kita mesti ada matlamat.
Kita mesti ada target.
Kita mesti ada BIG WHY!
 
Apabila big why sudah jelas, semua cabaran yang dilihat besar oleh orang lain, kita akan melihatnya sangat kecil.
 
Hanya ibarat pasir halus yang melata walau gunung terletak gah di depan mata.
 
Dengan cara ini, mata kasar dan mata hati kita sudah FOKUS pada apa yang kita mahukan. Pendirian kita akan utuh berdiri walau datang asakan dari kanan dan kiri.
 
Kata Thomas Carlyle, “Seseorang yang ada matlamat akan melakukan perubahan walau sesukar mana jalan yang ditempuhi. Sebaliknya jika tiada matlamat, seseorang itu langsung tidak akan berganjak walaupun berada di atas jalan yang sangat licin.”
 
Tuan-tuan dan puan-puan,
 
Bayangkan kita ada masa yang banyak.
Bayangkan kita ada duit yang bertimbun.
Bayangkan kita ada pelbagai bakat dan ilmu.
 
Dengan kesempurnaan sebegini, apa yang kalian nak capai dalam hidup? Tulis matlamat itu sekarang.
 
Itu langkah pertama dan kedua dalam “Kuasa Fokus” dalam buku Bull’s Eye oleh Brian Tracy.
 
Pakar motivasi ini akan kongsikan dengan kita semua bagaimana kuasa fokus dapat membantu kita mencapai matlamat walau ianya;
 
Setinggi Gunung Everest.
Atau sedalam Lautan Pasifik.
Ataupun sepanjang Sungai Nil.
 
“The fact is that you can’t hit a target that you can’t see.” – Zig Ziglar
Buku fizikal kehabisan stok di kebanyakan platform.
Sekarang ada pilihan ebook berbayar di Shopee.
 
Nota: Jika ada pilihan platform yang lebih bagus, akan dikemaskini kemudian.

(August 2021) - Be Obsessed or Be Average (Grant Cardone)

MAJU ATAU MUNDUR. TIADA ISTILAH BERTAHAN DALAM DUNIA BISNES!
 
Satu-satunya pilihan yang ada untuk terus maju ke hadapan adalah OBSES!
 
Pilih SATU bisnes yang kalian suka dan jadilah obses dengannya. Mesti buat kerja “betul-betul” dan “gila-gila”! Buang jauh-jauh istilah “buat slow-slow”.
 
Mentor selalu sebut, “Buat bisnes secara part-time tetapi dengan full-time mentality.”
 
Ya, Grant Cardone pesan perkara yang sama. Kata beliau, “There’s no such thing as part-time obsession.”
 
Bangun tidur ingat Public Gold.
Tengah makan fikir Public Gold.
Dalam tidur mimpi Public Gold.
 
Itu baru betul obses!
Penulis buku Be Obsessed or Be Average, Grant Cardone ada kisah menarik yang ingin beliau kongsikan dengan kita semua.
 
Bagaimana beliau daripada seorang papa kedana dan penagih dadah kini merupakan seorang multi-millionaire yang memiliki private jet sendiri. Model private jet yang beliau miliki sama dengan model yang menjadi IMPIAN Dato’ Wira Loius Ng.
 
Jadilah obses dengan impian kalian! Dapatkan buku beliau di sini:

(September 2021) - Secrets of the Millionaire Mind (T. Harv Eker)

ADA APA DALAM MINDA SEORANG JUTAWAN?
 
“Pernah terfikir kenapa sesetengah orang menjadi kaya dengan mudah? Apakah yang membezakan mereka dengan orang lain?
 
Adakah golongan yang tidak kaya sudah ditakdirkan akan bergelut dengan masalah kewangan sejak azali?
 
Atau adakah terdapat perbezaan dari segi latar belakang pendidikan, kepintaran, skil, masa, tabiat bekerja, kenalan, nasib, pemilihan kerja, bisnes atau pelaburan?
 
Jawapan yang amat mengejutkan adalah… BUKAN SEMUA DI ATAS!”
 
– T. Harv Eker, penulis buku Secrets of the Millionaire Mind
 
Kebanyakan orang kaya juga pernah miskin. Tetapi apa yang membuatkan mereka kaya adalah apa yang mereka “suap” kepada minda mereka. Mereka buat filtering process dan hanya benarkan benda positif yang masuk dalam minda.
 
Manakala orang miskin benarkan semua benda menjelajah minda mereka. Mereka selalu komplen, bergosip, tuding jari dan sebagainya.
 
Kata T. Harv Eker:
 
Orang kaya fokus kepada penyelesaian masalah.
Orang miskin suka komplen.
 
Orang kaya ada minda jutawan.
Orang miskin ada minda yang miskin.
 
Orang kaya bergaul dengan winners.
Orang miskin berkawan dengan losers.
 
Kalian yang mana satu?
 
Latih minda kalian seperti minda seorang jutawan dengan baca buku Bestseller di New York Times, Wall Street Journal dan USA Today ini!