PGG100 Network

About Us

Selamat Datang Ke PG G100 Network

Selamat datang ke laman web PG G100 Network (ringkasnya di panggil “G100”).

G100 ialah sebuah team dealer Public Gold (PG) dibawah bimbingan dan kepimpinan Encik Mohd Zulkifli Shafie, sebagai pengasas kepada network ini yang juga penulis buku pelaburan emas popular di Malaysia, bertajuk “Wang Emas”. G100 diasaskan secara rasminya pada tahun 2018.

Misi utama G100 ialah untuk melahirkan 1,000 Master Dealer (MD) menjelang 2024 yang mana mereka ini berperanan aktif dalam mendidik masyarakat dengan ilmu yang betul tentang simpanan emas dan kewangan di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

G100 komited melahirkan dealer yang berintegriti, kompeten dan berakhlak baik supaya memberikan impak yang positif kepada masyarakat melalui platform yang disediakan oleh Public Gold.

G100 menyediakan sistem pembelajaran dan sokongan yang betul dan berterusan bagi melahirkan dealer Public Gold yang amanah, pakar, dan berakhlak baik supaya menjalankan bisnes secara harmoni dan komited, melalui sistem pembelajaran yang dipanggil sebagai PG One System (PG1S).

G100 sentiasa memastikan dealer-dealer ini adalah bersedia dari sudut mindset, skillset dan toolset yang lengkap bagi membolehkan mereka membina bisnes dengan betul, secara sihat dan cepat.

G100 sentiasa memegang kepada prinsip integriti, komitmen dan perpaduan dalam memberi servis kepada pelanggan-pelanggan Public Gold khususnya, dan masyarakat secara umum.

Ia telah terbukti setelah usaha yang dimulakan pada tahun 2016, dan sekarang G100 dianggarkan telah mewakili 1/3 dari bisnes Public Gold. Jumlah ini dijangka akan terus meningkat dengan cepat pada masa akan datang. InsyaAllah.